CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 21 November 2011

Pesaing (Competitor)


Pesaing (Competitor).

Topik ini menerangkan bagaimana sistem maklumat boleh digunakan atau penting kepada organisasi dari aspek kelebihan pesaing.
Terdapat tiga peranan teknologi maklumat:-
  • Untuk meningkatkan kecekapan proses secara ketara.
Apabila sesebuah organisasi menggunakan teknologi maklumat sebagai sistem utamanya, maka beban tugas dan masa kakitangan mereka dapat dikurangkan dan setiap tindakan yang dilakukan akan lebih cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan komunikasi
Dapat meningkatkan komunikasi dikalangan pekerja-pekerja, pesaing, pembekal dan lain-lain pihak yang berurusan dengan organisasi.
  • Memudahkan kerjasama
Gabungan / rangkaian diantara beberapa organisasi yang lain dapat memudahkan sesebuah organisasi itu menjalin hubungan kerjasama yang baik untuk kepentingan kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi atau memberi kelebihan terhadap daya saing. Diantaranya adalah persaingan dikalangan pesaing didalam industri itu sendiri, kehadiran peserta baru ke dalam industri dan pasaran, produk gantian yang boleh mempengaruhi segmen pasaran dan kuasa tawar-menawar oleh pembeli dan pembekal.

Penyertaan oleh organisasi baru dalam industri dan pasaran banyak mempengaruhi turun naiknya hasil jualan oleh pihak industri. Ini kerana pastinya akan ujud banyak saingan terutamanya bagi nilai dan kualiti produk yang ditawarkan oleh pesaing.

Wujudnya produk gantian yang boleh menguasai pasaran, bilamana pesaing menawarkan produk yang baru dan menarik pada harga yang lebih rendah . Gantian produk merupakan produk yang mempunyai fungsi yang sama tetapi dari jenama atau pengeluar yang berlainan. Oleh itu jika sesebuah organisasi tidak mampu untuk bersaing dengan pesaing mereka, maka sudah tentu mereka akan mengalami kerugian.

Kuasa tawar-menawar oleh pembekal dan pembeli juga amat mempengaruhi pasaran. Di dalam banyak keadaan, ia lebih memihak kepada pihak  pembekal. Ini kerana jika organisasi tidak memiliki kuasa atau kelebihan bersaing, maka pihak pembekal juga akan sering memanipulasikan keadaan dengan menawarkan bahan mentah pada harga yang lebih tinggi sehingga ia menyebabkan harga produk keluaran industri terpaksa dijual pada harga yang mahal. Situasi ini akan menyebabkan pembeli enggan meneruskan pembelian.

Terdapat lima kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk berdaya saing
             Kepimpinan Kos
Apabila organisasi dapat mereka cipta sesuatu produk yang lebih baik dan menarik, maka organisasi akan dapat mengaut keuntungan dengan cara mengurangkan kos pembuatan.

            Perbezaan strategik.
Organisasi yang strategik perlu dilihat berbeza daripada organisasi lain agar pelanggan yang bijak dapat memilih produk yang terbaik sebagai pilihan. Selain daripada itu, sesuatu produk hanya di perlukan di sesebuah tempat tapi ianya mungkin tidak sesuai di tempat yang lain. Oleh itu organisasi perlu bijak untuk menilai keperluan pengguna setempat untuk memasarkan produk mereka bagi mendapatkan keuntungan.

             Strategi Inovasi
Organisasi perlu untuk mengeluarkan produk yang berinovasi dan kelihatan lebih menarik serta lebih fleksibel untuk digunakan. Masyarakat kini semakin sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang kurang penting dan mereka memerlukan satu produk yang cukup inovasi untuk membantu kehidupan seharian mereka. Masyarakat hanya akan membeli sesuatu produk yang mepunyai pelbagai fungsi serta pilihan disamping melihat kewajaran memiliki produk tersebut berdasarkan harga dan kualiti yang ditawarkan.

             

Pertumbuhan strategik
Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, organisasi harus memikirkan bagaimana perniagaan tersebut boleh menembusi  pasaran global. Selain dari itu, penghasilan produk baru yang lebih kompetitif hendaklah difikirkan agar ianya dapat memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia dari semasa ke semasa.

Perikatan strategi
Dengan menjalin atau menggabungkan sesuatu organisasi dengan organisasi yang lebih besar juga dapat mempertingkatkan kuasa dan daya saing dalam pasaran global. Organisasi dapat memantapkan penghasilan produk keluarannya disamping menimba pelbagai pengalaman dari rakan kongsinya. Apabila pergabungan itu berlaku, kedua-dua pihak bukan sahaja boleh berkongsi keuntungan, bahkan mereka juga boleh mendapat pengetahuan, kemahiran, kepakaran, kemudahan dan sebagainya daripada rakan kongsinya.

Reference
E.W.T. Ngai and F.K.T. Wat (2006). Huamn Resource Information Systems: A Review and Empirical Analysis. Personal Review. Vol. 35 No.3, pp. 297-314.
Namchul Shin (2001). Strategies for Competitive Advantage in Electronic Commerce. Journal of Electronic Commerce Research, Vol. 2, No. 4, pp. 164-171.
Porter, M. (2001). Strattegy and the Internet. Harvard Business Review. Pp. 62-78

(627 Words)

0 comments:

Post a Comment