Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Sumber Manusia. (HRIS)
Terdapat banyak aspek-aspek perubahan yang berlaku terhadap sesebuah organisasi apabila suatu teknologi baru dilaksanakan. Pada dasarnya, ia berubah untuk menjadi agen penambahbaikan atau yang lebih baik. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas oleh Dr. Nur Naha Binti Abu Mansor, Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan sebuah komponen, aktiviti dan sebagainya. Melalui pembelajaran yang berlangsung jua dijelaskan bahawa, sistem maklumat akan menyalurkan data input yang kemudiannya di proses untuk menjadi data output. Contohnya seperti merekod data cuti tahunan dan gaji pekerja. Sistem maklumat akan memproses data yang dimasukkan dan seterusnya mengeluarkan laporan cuti tahunan atau gaji sebagai output. Selain itu, terdapat juga 3 fungsi utama bagi kegunaan sistem didalam sumber manusia iaitu;
1. Menjalin kerjasama strategik dengan perniagaan lain,
2. Pusat rujuk atau pakar dalam bidang sistem maklumat dan
3. Pusat Perkhidmatan dan pentadbiran.
Apabila sesebuah sistem telah dikemaskini, maka maklumat yang disalurkan kepada pengguna merupakan data yang boleh dipercayai dan diguna pakai oleh semua pihak. Organisasi boleh mengakses dan di akses bukan sahaja oleh pengguna tempatan malahan juga yang diluar organisasi. Selain dari itu, suatu perubahan teknologi juga boleh menjadikan organisasi lebih efisyen untuk menyampaikan maklumat kepada organisasi yang lain dengan cekap. Konsep sistem maklumat ini lebih memberi fokus terhadap 4 aspek iaitu;
1. teknologi
2. aplikasi,
3. pembangunan dan
4. pengurusan.
Menurut Nel (2004), HRIS mengandungi empat komponen termasuk ‘hardware’, ‘software’, data dan juga ‘users’. ‘Hardware’ merupakan bahagian fizikal komputer seperti papan kekunci, pencetak dan sebagainya. ‘Software’ pula merupakan program untuk memastikan komputer dapat berfungsi. Antara contoh ‘software’ adalah seperti perisian ‘windows’, perisian anti virus dan lain-lain. Data merupakan maklumat yang biasanya terformat dengan cara yang lain. Akhirnya, ‘users’ merujuk kepada mereka yang menggunakan komputer. Secara keseluruhan konsep ini merupakan gabungan yang sangat rapat diantara satu sama lain kerana tanpanya seluruh sistem maklumat menjadi tidak begitu berkesan. Teknologi pula terdiri daripada perkakasan, perisian dan sebagainya, manakala aplikasi lebih menjurus kepada bagaimana cara kita menggunakannya.
Sistem Maklumat Sumber Manusia sangat penting kepada setiap organisasi. Pada pengamatan saya, HRIS dapat menjadikan tugas seorang pengamal HR menjadi lebih mudah. Sistem ini dapat menyimpan dan menjana data bagi setiap pekerja di organisasi dengan cepat dan pantas. Penggunaan sistem ini lebih baik berbanding dengan sistem manual kerana, sesuatu maklumat atau data yang diperlukan dapat dikemaskini, simpan atau diguna semula oleh mereka yang memerlukan dengan lebih mudah dan selamat disamping menjimatkan masa serta kos. Selain itu, sistem ini juga dapat menyediakan perancangan, membuat keputusan, mengawal dan lain-lain fungsi sumber manusia secara lebih efisyen dan efektif.
Kebiasaannya, Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) juga digunakan bagi tujuan menyedia dan mengumpulkan maklumat untuk :-
· Pengurusan dalam semua maklumat pekerja.
· Laporan dan analisis maklumat pekerja.
· Dokumen syarikat berkaitan sebagai buku panduan pekerja, prosedur pemindahan kecemasan dan garis panduan keselamatan.
· Faedah pentadbiran termasuk pendaftaran, perubahan status, dan mengemaskini maklumat peribadi.
· Integrasi lengkap dengan gaji dan syarikat lain perisian kewangan dan sistem perakaunan.
Sebelum ujudnya sistem HRIS ini, semua data-data HR perlu terlebih dahulu disimpan menggunakan fail dan semua data pekerja direkod secara manual. Ketika itu peranan HR tidak terlalu banyak sepertimana di era baru ini. Seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku banyak proses transformasi dibuat sehingga peranan sistem HR telah dipertingkatkan didalam setiap aktiviti-aktiviti urus niaga. Antara lain fungsi HR pada masa kini ialah merangka program latihan, pembangunan kerjaya, hubungan pekerja dan lain-lain lagi. Selepas perang dunia berakhir, hampir semua organisasi telah diperkenalkan dengan teknologi baru, mereka kini mula bersaing dalam menggunakan sistem HRIS dan mengembangkan fungsi serta peranan HR secara lebih meluas.
Beckers, A.M. and Bsat, M.Z. (2002), “A DSS classification model for research in human resource information systems”, Information System Management, Vol. 19 No. 3, pp. 41-50.
E.W.T. Ngai and F.K.T. Wat (2006). Huamn Resource Information Systems: A Review and Empirical Analysis. Personal Review, Vol. 35 No.3, pp. 297-314.
PS Nel, PS van Dyk, GD Haasbroek, HB Schultz, T Sono and A Werner (2004). Human Resources Management, 6th edition. Southern Africa: Oxford University Press.
657 Words