Globalisasi.
Terdapat 3 model yang mempengaruhi Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS). Tiga model yang digunakan oleh kebanyakan organisasi tersebut adalah :-
1. Model Multinational
Dalam model ini, sesebuah organisasi yang ingin mengamalkan sistem HRIS perlu untuk mempertimbangkan perbezaaan antara keperluan maklumat tempatan dan serantau. Organisasi juga perlu tahu tentang keperluan dan kehendak kepada organisasi lain yang berkaitan. Contohnya, seandainya sesebuah syarikat yang besar ingin memberi perkhidmatan terhadap syarikat yang lain, maka mereka perlu memastikan bahawa mereka mahir berkaitan dengan syarikat yang akan mereka salurkan produk mereka berdasarkan keperluan mereka yang berbeza-beza.
2. Model global
Model Global memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Model International tetapi Model International lebih menyepadukan operasi di seluruh dunia melalui pejabat yang berpusat di sebuah negara atau sesuatu tempat. Bohlander & Snell, (2007). Berdasarkan kepada pemahaman saya, model ini mengamalkan dan mengurus HRIS dengan membina sebuah sistem yang selaras agar semua organisasi dapat mengguna pakai sistem tersebut.
3. Model International
Menurut Bohlander & Snell, (2007) model International menggunakan kecekapan teras yang sedia ada untuk mengembangkan operasi ke pasaran asing. Model international boleh didefinasikan sebagai pembelajaran melalui memanfaatkan inovasi di seluruh dunia dan perkongsian pengetahuan. Contohnya sebuah organisasi memiliki sistem yang prihatin terhadap perbezaan tempatan dan serantau, tetapi pada masa yang sama, sistem tersebut boleh digunakan untuk semua.
Dalam transnational pula, terdapat tiga komponen yang merangkumi
1. Global efisyen
Global efisyen bermaksud satu sistem yang mengamalkan peramalan terbaik dari seluruh dunia dan mereka menggunakan system ini untuk memastikan sistem maklumat mereka lebih efisyen.
2. Fleksibiliti tempatan
Aspek ini bermakna fleksibiliti HRIS yang boleh organisasi tempatan gunakan untuk organisasi mereka. Ini bermakna mereka adalah prihatin terhadap keperluan mereka. Apabila responsif kepada keperluan mereka, maka memerlukan kepada kepelbagaian dan menghargai pelbagai perspektif.
3. Inovasi dan perkongsian.
Pembelajaran dan perkongsian maklumat didalam organisasi. Dengan inovasi, mereka tidak hanya akan mengeluarkan produk dan servis mereka sahaja malahan proses mereka juga. Untuk berkongsi maklumat, mereka perlu menggunakan sumber yang terbaik agar semua organisasi dapat menggunakan maklumat tersebut dari internet. Melalui penggunaan internet, mereka dapat berkongsi segala maklumat dan kepakaran mereka dengan lebih mudah.
Pengurusan sumber manusia menjadi lebih global dan strategik, ianya menjadi lebih penting dan kritikal kepada organisasi. Walaupun tidak semua syarikat mengiktiraf, masih ramai yang mengagumi dan yakin terhadap sistem ini. Akibatnya, mereka melakukan banyak perkara yang berkaitan pengurusan sumber manusia dengan lebih berkesan. Global mengubah sifat syarikat melalui kewujudan program pampasan dan bilangan organisasi HRIS global yang ujud untuk mengendalikan isu-isu di seluruh dunia. Masalah yang HRIS perjuangkan untuk membina sebuah sistem yang benar-benar global adalah suatu perkara yang penting sedangkan ia adalah mahal dan memakan masa. Ia memerlukan kerjasama dari semua aspek malah organisasi dengan pelbagai persekitaran, sistem undang-undang dan bahasa-bahasa dunia dalam amalan perniagaannya.
Rujukan
Mengglobalisasikan HRIS: Model Baru Rentas oleh Karen Beaman dan Alfred J. Walker, IHRIM Jurnal Oktober-Dis. 2000

0 comments:
Post a Comment