CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 12 November 2011

PENGENALAN DIRI

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang dihormati sekalian, Saya Haris Fadzilah Bin Abu Bakar. Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 15 April 1972 dan kini berumur 39 tahun. Bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dan kini bertugas di Bahagian Keselamatan & Pasport, Johor Bahru sebagai pegawai penyelia. Telah berkhidmat menabur bakti kepada negara semenjak tahun 1991.

Saya merupakan seorang pelajar tahun 3 kursus (SHR) Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan menuntut di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia). Saya belajar secara separuh masa iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad sebagai memenuhi keperluan pengajian saya. Saya seorang yang optimis dan sentiasa positif didalam setiap perkara yang saya lakukan. Tujuan saya belajar adalah kerana untuk mempertingkatkan pengetahuan dan taraf kehidupan serta pekerjaan saya bagi memenuhi keperluan hidup saya sehari-hari.

Saya sangat berminat untuk mendalami ilmu berkaitan sumber manusia kerana bagi saya setiap bidang kerja perlu mempunyai elemen-elemen yang merangkumi hubungan kemanusiaan bagi melengkapkan proses pekerjaan tersebut. Justeru itu, subjek Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang saya pelajari didalam pengajian ini telah dapat membantu saya untuk lebih memahami tentang kesan dan peranan teknologi dalam hubungan sumber manusia dengan lebih baik dan sempurna bagi melengkapkan urusan pekerjaan saya.

0 comments:

Post a Comment